Titanium Fitness Enterprise beroperasi di 33-1 Jalan AWF 1, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor pada 6 Februari 2010. Perusahaan perniagaan ini adalah berbentuk perkhidmatan dengan menyediakan peralatan-peralatan senaman dan gimnasium serta produk pemakanan tambahan kepada pelanggan.

Fokus Titanium Fitness adalah tertumpu kepada sukan dan kesihatan. Di mana sukan ini memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas. Aktiviti sukan gimnasium ini, selain berperanan sebagai menjaga kesihatan fizikal dan mental yang cergas, aktiviti ini juga dapat mengisi masa lapang remaja-remaja dengan berfaedah.

Memandangkan trend dan gaya hidup masyarakat sekitar yang inginkan keselesaan dan perkhidmatan yang menjimatkan, pengusaha menjalankan aktiviti perniagaan dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti khidmat jurulatih secara percuma bagi ahli-ahli yang telah mendaftar, waktu operasi yang panjang supaya pelanggan dapat datang bersenam pada bila-bila masa lapang dan juga penggunaan wifi secara percuma. Selain itu, terdapat tempat letak kenderaan yang berdekatan bagi memudahkan pelanggan untuk singgah ke pusat gimnasium.

Objektif

Objektif syarikat Titanium Fitness adalah untuk menggalakan penduduk sekitar kearah menjalani gaya hidup yang sihat dan cergas dengan melakukan senaman di pusat gymnasium kami dengan selesa dan berkesan. Serta membantu ahli kelab/pelanggan mencapai matlamat mereka dengan memberikan tunjuk ajar dan motivasi kepada mereka supaya tidak berputus asa.

Misi

Misi kami adalah untuk mencapai:

  • Persekitaran yang selesa, mesra, dan saling membantu diantara ahli kelab/pelanggan untuk memastikan ahli kelab/pelanggan mendapat pengalaman yang menarik setiap kali datang ke pusat gymnasium kami.
  • Memberi servis kepada ahli kelab/ pelanggan dengan mesra, berbudi bahasa dan secara professional.
  • Membantu ahli kelab/pelanggan mencapai matlamat mereka dengan memberikan tunjuk ajar dan motivasi yang terbaik dari jurulatih kami.
No posts.
No posts.